Subhanallah, seorang gadis Aceh Alumni UIN Ar Raniry Banda Aceh dinikahi oleh seorang pemuda Alumni Universitas of Andalus , Yaman dengan hafalan Al Qur an, adalah Elfira Syuhada dan Bahrul Walidin, Pasutri ini memutuskan untuk menentukan mahar pernikahan mereka dengan Hafalan Al Qur an yaitu Surat Al Fath, dimana surat ini merupakan surat yang mengembirakan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, karena surat ini mengabarkan kemenangan bagi kaum muslimin.
Mahar hafalan sebagai mahar juga populer beberapa waktu yang lalu yaitu Heboh pernikahan Munawar Juanan
Raden dengan gadis Douha Muawiyah Kharraji dengan mahar 500 hadis Rasulallah.
Mari kita simak apa sebenarnya keutamaan dari penghafal Al Qur an, yang juga sekarang dipopulerkan oleh beberapa stasiun televisi di Indonesia. Berikut Janji Allah kepada mereka.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang
terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah
s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu
ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan
isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash
ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di
perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan
tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat
tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI
SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas
ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu
adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL
QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w
"Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang
Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak
di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra.
Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah
tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah
hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang
mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM
SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari
Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu
kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra.
Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam
perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari
mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang
yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat
itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib
Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan
menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya
hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di
tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA
KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada
nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari
kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan
,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut
di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu
berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan;
"Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan
satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING
BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair, katanya
rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali
menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang
berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS
JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia
berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari
kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar
dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada
penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak
mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang
membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada
malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang
dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal
Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan
ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang
kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat
di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya:
"kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab,
"kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di
perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya."
Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau
perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM
SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan
syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di
masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak
ada tingkatan lagi sesudah itu.
di share yah...
No comments:
Post a Comment